Monday, July 8, 2013

Cara-cara menghilangkan jerawat

Cara-cara menghilangkan jerawat

1) Menghilangkan Jerawat Menggunakan Sumber Alam (Kaedah Tradisional)

Kaedah tradisional ini antara kaedah yang popular yang banyak di amalkan untuk menghilangkan jerawat. Selain itu kaedah tradisional ini tidak melibatkan kos yang besar dan sumbernya boleh di dapati di mana-mana sahaja.


Di antaranya adalah dengan menggunakan lidah buaya di mana lidah buaya itu dikupas kulitnya dan disapukan di bahagian muka yang berjerawat pada setiap pagi dan petang. Selain menggunakan lidah buaya, lemon atau jeruk nipis yang di campur dengan air mawar. Lemon, jeruk nipis ini didapati sangat kaya dengan citric asid yang berkesan untuk memulihkan sel-sel kulit mati yang menyebabkan jerawat.

Selain menggunakan tumbuh-tumbuhan, putih telur juga boleh di gunakan untuk menghilangkan jerawat. Putih telur ini amat berkesan untuk membantu mengurangkan minyak di wajah yang seringkali menyebabkan timbulnya jerawat.


2) Menghilangkan Jerawat Dengan Menggunakan Bahan Kimia (Kaedah Moden)

Penggunaan bahan kimia juga didapati dapat membantu menghilangkan jerawat di muka. Ini kerana salah satu cara untuk memastikan supaya jerawat itu tidak muncul kembali adalah dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkan jerawat.


Di antara bahan-bahan kimia yang selalu digunakan untuk merawati jerawat adalah seperti krim jerawat yang biasa di dapati di pasaran seperti Benzoyl Peroxide. Fungsi Benzoyl Peroxide ini adalah untuk membunuh kuman dan menghilangkan kesan jerawat. Penggunaan krim seperti ini hanya berkesan sekiranya digunakan secara konsisten.

Selain Benzoyl Peroxide, kaedah moden yang boleh di amalkan untuk menghilangkan jerawat adalah dengan menggunaka Accutane. Accutane ini merupakan pil yang sangat kuat dan biasanya di gunakan untuk merawat jerawat batu yang meninggalkan kesan parut atau jerawat yang di dapat dirawat dengan cara yang lain. Namun begitu, penggunaan Accutane ini hanya boleh digunakan atau didapati setelah merujuk dan mendapat nasihat doktor.


3) Menghilangkan Jerawat Dengan Mengamalkan Cara Hidup Yang Sihat

Pengamalan cara hidup yang sihat juga merupakan salah satu cara untuk mengurangkan atau menghilangkan jerawat.Cara ini sangat berkesan kerana amat mudah dilakukan namun memerlukan disiplin dan konsisten dalam melakukannya. Sekiranya seorang itu merasa malas dan tidak berdisiplin maka kaedah ini tidak berkesan.

Tidur yang cukup merupakan salah satu pengamalan cara hidup yang sihat. Berdasarkan kajian yang dijalankan, kulit kita juga memerlukan rehat yang cukup maka tidur yang cukup dan teratur akan membantu kulit itu beregenerasi dan membuang racun-racun yang berbahaya sehingga saat kita bangun pada keesokan harinya dan kulit akan menjadi lebih segar.

Selain tidur yang cukup, mengamalkan makanan seperti sayuran dan buah-buahan juga dapat membantu menghilangkan jerawat. Ini kerana sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi banyak vitamin yang menyihatkan kulit. Pengambilan makanan yang mengandungi Vitamin E terutamanya sangat membantu mencegah atau menghilangkan jerawat.

Sunday, July 7, 2013

Cara-cara hilangkan batuk dan kahak

Cara-cara hilangkan batuk dan kahak | Cara-cara nak hilangkan batuk dan kahak..meh cuba..kalau ada yang susah,cuba cara yang lain seperti disediakan.. 

Hilangkan Batuk dan Kahak 1

Anda hanya perlu mencampurkan madu mencampurkan madu dan limau nipis dalam sedikit air suam kemudian minum air yang telah dicampurkan itu.Anda boleh mengamalkan minuman ini di pagi hari. Jika anda tidak tahu berapa banyak madu yang perlu dicampurkan, boleh menggunakan nilai campuran yang aku gunakan, iaitu, 3-4 biji limaunipis + 1 sudu kecil madu + suku cawan air suam.Selamat mencuba.

Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 2

Bahan:1) Limau Kasturi – 1 biji (kalau limau nipis yg jenis byk air tu sehiris pun dah cukup)2) Madu Lebah Asli3) Halia 1 InciCara-cara:- Tumbuk halia sampai lumat, kemudian ambik jus nya- Campurkan dengan madu & perahkan limau- Campurkan semua dan minum

Petua Hilangkan Batuk dan Kahak  3

Bahan:1. limau kasturi + kicap2. limau + madu3. minum air rebusan epal merahsudahnya lepas seminggu tu baik terus sebab amalkan petua ke 3 tutu pun dah tak rebus, makan mentah je setiap pagialmaklumlah terlebih rajin…

Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 4

1) Lemon/ limau nipis + madu2) Gula2 fisherman’s friend makan satu demi satu secara berturut2 sebnyak 3 biji.3) Limau kasturi + gula batu4) Madu5) Air limau nipis suam6) Bunga lawangSaya try selama 2 hari ni:air limau nipis suam + madu biobarakahmadu biobarakah ni keluaran biosirih, dia campurkan pati minyak habbatus sauda.dan pagi ni saya tambahkan ramuan gula batu juga.Alhamdulillah, ni beransur baik.Boleh ye cuba…Air suam + limau nipis + madu + gula batu

Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 5

1) Makan bawang putih bakar, dalam dua ulas satu malamCara-cara:Ambil seulas bawang putih dengan kulit nya. Cucuk dengan garfu pas tu bakar terus atas apa selama 2 minit.Kemudian kupas kulit,di basuh dan makan, jika dah masak betul bawang tu.dia tak pedas. dia ranggup dan sedap untuk di kunyah macam makan gula (hehehe..xde la sampai mcm tu).Kredit

Cara-cara mandi wajib

Cara-cara mandi wajib | Mandi wajib hendaklah dikerjakan menggunakan menggunakan air mutlak iaitu air yang suci lagi menyucikan, dan tidak sah jika menggunakan air yang bukannya air mutlak.

Sekadar hiasan

Cara mandi wajib paling afdal sekiranya mengikut sunnah Rasulullah SAW. Berdasarkan hadis dari Aisyah ra.,
“Dahulu, jika Rasulullah SAW hendak mandi janabah (junub), beliau membasuh kedua tangannya. Kemudian menuangkan air dari tangan kanan ke tangan kirinya lalu membasuh kemaluannya. Lantas berwuduk sebagaimana berwuduk untuk solat. Lalu beliau mengambil air dan memasukkan jari-jemarinya ke pangkal rambut. Hingga beliau menganggap telah cukup, beliau tuangkan ke atas kepalanya sebanyak 3 kali tuangan. Setelah itu beliau guyur seluruh badannya. Kemudian beliau basuh kedua kakinya”(HR. Al Bukhari dan Muslim)

Cara mandi wajib yang paling baik adalah mengikut cara yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi.
Membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar .
Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.
Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh selepas mandi nanti.
Membasuh keseluruhan rambut di kepala.
Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air.
Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah.
Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.
Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.
Membasuh kaki.

Jika dia mandi dengan menggunakan “shower”, tidak perlu tiga kali, memadai telah yakin air telah meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari.
Untuk wanita pula, oleh kerana rambut wanita lebih panjang, maka disunatkan diuraikan rambut.
Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tak sampai air ke dalamnya,tocang atau sanggul hendaklah dibuka untuk membolehkan air sampai.
Seseorang itu elok memakai kain hingga ke lutut seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. - WP