Tuesday, September 3, 2013

Petua tanak nasi | Cara-cara tanak nasi dengan betul

Sukatan air dan beras

Sukatan air hanya perlu disukat menggunakan ruas jari. Sebenarnya setelah beras dibasuh dan diletak air, anda hanya perlu meletakkan jari telunjuk atau hantu anda di atas permukaan beras.

Sukat air sehingga mencecah ruas jari pertama anda dan ia menandakan sukatan airnya sudah mencukupi. Pasti nasi yang ditanak peroi dan elok masaknya.

Anda boleh juga menggunakan sukatan cawan, jika satu cawan beras yang digunakan adalah bersamaan dengan 1¼ cawan untuk airnya. Sekiranya anda menanak nasi yang banyak, saya lebih suka mencadangkan anda menyukat dengan sukatan cawan.

Sukatan air dengan jari hanya bersesuaian untuk kuantiti beras yang sedikit. Berbeza pula dengan beras beriani sukatan airnya adalah bersamaan dengan sukatan beras. Sekiranya 1 cawan mangkuk beras adalah bersamaan 1 mangkuk sukatan air juga.

Nasi peroi

Anda perlu mengikut sukatan air yang betul dan sekiranya nasi itu telah kering biarkan seketika beberapa minit. Kemudian, buka tudung periuk dan kais serta gembur beras itu.

Gembur nasi itu seketika sahaja kerana khuatir nasi akan hancur pula nanti. Cara ini akan mengurangkan lekatan pada nasi di dalam periuk apabila ia mengeras nanti jadi nasi akan peroi selepas masak.

Tutup semula dan biarkan lebih kurang 10 minit dan anda akan dapati nasi itu kering dengan elok dan bolehlah disenduk untuk dimakan.

Tip nasi tidak cepat basi

Pastikan beras dibasuh bersih dan airnya hampir jernih. Ini akan melambatkan nasi menjadi cepat basi. Orang tua-tua pernah berpesan kepada saya jika beras yang dicuci tiga kali ia lebih bersih. Jika ada lebihan nasi yang tidak habis dimakan, simpanlah nasi di dalam peti sejuk kerana lebihan itu boleh dicampur kembali apabila menanak nasi nanti.

Lebihan nasi yang disimpan juga boleh digunakan untuk membuat nasi goreng tetapi nasi itu tidak terlalu lembik kerana nasi yang terlalu lembik tidak sesuai untuk dibuat nasi goreng.


SELAMAT MENCUBA!


Sunday, September 1, 2013

Petua Mengatasi Perut Kembung Pada Bayi | Cara-cara mengatasi perut kembung pada bayi


Untuk memastikan samaada bayi mengalami sakit perut akibat angin atau kembung, ibu bapa perlu memeriksa samaada perut bayi lebih keras atau lebih tegang daripada biasa, kelihatan menggelembung atau mengeluarkan bunyi lompong apabila diketuk dengan jari.

Bagaimana cara untuk menenangkan bayi yang mengalami sakit perut akibat angin atau kembung dan menghentikan tangisannya? Anda boleh mencuba beberapa cara yang dipercayai oleh ibu dan sudah terbukti dapat meredakan kesakitan dan tangisan bayi.




Cara moden dalam mengatasi kembung perut ke atas bayi :

A. Sendawakan bayi secara lebih kerap. Bayi menelan angin apabila menghisap susu menyebabkan angin berkumpul dalam perut dan menimbulkan kerengsaan. Cuba sendawakan bayi setiap kali anda menukar puting jika anda menetekkan bayi atau selepas bayi menghisap dua hingga tiga auns susu formula bagi bayi yang menyusu botol.

B. Ibu bapa perlu berlatih menggunakan kaedah-kaedah berikut untuk mensendawakan bayi :

• Tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut anda dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut anda perlahan-lahan.

• Dakap bayi menggunakan sebelah tangan dengan meletakkan kepalanya ke bahu anda dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.

• Telentangkan bayi, angkat kakinya dan kayuhkan ke depan dan ke belakang seperti mengayuh basikal hingga lututnya rapat ke perut.

• Dudukkan bayi di atas pangkuan. Angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya.

• Pegang bayi dalam keadaan tertiarap di bawah lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan anda.

• Bawa bayi anda bersiar-siar di taman

• Tukar pemakanannya/ pemakanan ibu yang menyusukannya. Cuba kurangkan makanan yang boleh menyebabkan angin atau mengembungkan perut bayi.

• Mainkan muzik perlahan/ pasangkan alunan ayat-ayat suci al-quran, kurangkan cahaya lampu dan bunyi televisyen

• Biarkan bayi mendengar bunyi yang berulang seperti bunyi pembersih vakum atau mesin basuh

• Tuam atau tekap perut bayi dengan kain hangat atau botol air hangat

• Dukung bayi sambil mendodoi atau menyanyi perlahan.
  • melakukan senaman ke atas bayi, terutama sekali di bahagian perut. Senaman boleh dilakukan seperti berikut :




 
Petua Tradisional Untuk Menangani Bayi Kembung Perut

1. Kebiasaannya bayi berusia 6 bulan ke atas mengalami kembung perut. Layurkan 2 helai daun sirih dan barutkan pada perut bayi.

2. Ambil 2-3 biji lada hitam dan ditumbuk..masuk ke dalam pusat bayi. Biarkan dan tepuk belakang badan bayi.

3. Sapu sedikit minyak Telon pada perut, tapak kaki, betis dan bahagian belakang bayi. Gosok perlahan-lahan sambil meniarapkan bayi. Bayi akan kentut atau pun sendawa. Setelah angin keluar, bengkung bayi spt biasa dan jauhkan drp kipas yang dipasang laju atau pun air-cond atau bersiar di tempat yang anginnya dingin atau anginnya kuat.

4. Tuam dengan herba-herba Jintan Hitam (Habbatussauda), Dukung Anak, Daun Inai, Daun Mambu, Biji Ketumbar, Lada Hitam yang telah disangai (goreng tanpa minyak). Balut herba-herba ini ke dalam satu kain, bunjutkan kain tersebut. Panaskan balutan kain tersebut dengan seterika atau di atas periuk nasi yang sedang mendidih. Sebelum di tuam ke perut bayi, hendaklah dirasakan tahap kepanasan tuam tersebut. Boleh diamalkan setelah bayi dimandikan dan juga sebelum tidur, ataupun setiap kali perut bayi tersebut kembung.
Jintan Hitam (Habbatus Sauda), Dukung Anak, Daun Inai, Daun Mambu, Biji Ketumbar atau lain lain yang telah di proses bersih di sangai harum. - See more at: http://shadirabeauty.com/blog/category/article/amalan-tuam-bayi/#sthash.fiucAqDv.dpuf
Jintan Hitam (Habbatus Sauda), Dukung Anak, Daun Inai, Daun Mambu, Biji Ketumbar atau lain lain yang telah di proses bersih di sangai harum. - See more at: http://shadirabeauty.com/blog/category/article/amalan-tuam-bayi/#sthash.fiucAqDv.dpuf
Jintan Hitam (Habbatus Sauda), Dukung Anak, Daun Inai, Daun Mambu, Biji Ketumbar atau lain lain yang telah di proses bersih di sangai harum. - See more at: http://shadirabeauty.com/blog/category/article/amalan-tuam-bayi/#sthash.fiucAqDv.dpuf

Petua memilih tembikai yang manis dan elok | Cara-cara mengenalpasti tembikai yang elok

Kata orang Buah Tembikai sebenarnya ada jantan dan betina. TEMBIKAI BETINA lebih besar daripada TEMBIKAI JANTAN. Cara mengenal buah tembikai jantan atau betina senang je, anda perlu lihat JALUR yang terdapat pada buah tembikai tersebut. Jika jalur buah tembikai tersebut kecil, maka jantanlah, dan kalau jalurnya lebar ,betinalah buah tembikai itu. 

Jadi petuanya, PILIHLAH Buah Tembikai BETINA, sebab yang betina, manis dan kurang biji benih. Tak macam jantan, benih je banyak, tapi tak manis pun.
 
CARA-CARA LAIN YANG BIASA DIPRAKTIKAN SEMASA MEMILIH TEMBIKAI :
 
1. Pastikan kulit buah tembikai yang dipilih tadi licin
 
2. Pilih tembikai yang berat berbanding dengan saiznya
 
3 .Buah yang masak permukaan kulitnya licin seakan berkilat menunjukkan ia dah matang, buah yang permukaan yang agak kasar menunjukkan buah tersebut masih mentah
 
4. Pastikan juga pangkalnya gemuk dan semakin ke hujung semakin warnanya bertukar ke warna putih kuning air. Warna buahnya hijau yang menarik dan bentuk buahnya sekata kiri dan kanan (simetri)
 
5. Tompok di bawah buah berwarna kekuningan, bukannya warna putih
 
6. Jalur hijau di kulit buah kelihatan putus-putus atau tidak bersambung terus.Tepuk-tepuk atau jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu, sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, insyaallah ia sudah masak dan elok isinya.
 
 
TEMBIKAI MAMPU MERAWAT :
 
Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik. Ia berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.
 
 
 
sumber : http://www.mawardiyunus.com/
 

Cara-cara menangani demam : Petua Lama & Baru

Petua Lama dalam menangani demam :

1. Jerlum kepala, pelipat lutut, ketiak dengan air asam jawa/ daun bunga raya/ bunga raya/ daun pokok jambu/ daun lidah buaya/ daun sirih/ daun durian belanda.

2. Minum air kelapa 3 kali sehari.

3. Minum air rendaman buah kembang semangkuk dan halwa kundur yg telah direndam selama 30 minit ke sejam.

4. Ambil pegaga termasuk akarnya. Basuh dengan direndam dalam air garam untuk membunuh sebarang bacteria. Selepas itu kisar dan minumlah jusnya. Jika ingin rasa manis, tambahkan gula batu. Boleh diminum sejuk atau panas.

Petua Moden dalam menangani demam :

1. Sapukan lendiran daun lidah buaya (aloe vera) pada kepala, pelipat dan bahagian badan yg panas.

2. Mandi rendaman air yang dicampur dengan cuka epal (apple cider vinegar).

3. Memakai stokin yang direndam dengan cuka epal/ lemon ketika tidur.

4. Minum air barli.

5. Memakan makanan yang mengandungi banyak bawang dan bawang putih, contohnya sup.

Mudah bukan? Sama ada ianya petua melayu lama ataupun moden, semuanya mudah dilakukan kerana bahan tersedia ada di persekitaran rumah mahupun dapur rumah kita. Tidak perlu menghabiskan duit, masa serta tenaga untuk ke klinik dan beratur mengambil ubat.

Walau apa pun jua, kita hanya berusaha. Yang membenarkan penyembuhan itu adalah Allah s.a.w shj. Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda : "Sesungguhnya demam itu merupakan legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air." (Riwayat Muslim). Maka, secara alaminya, ketika demam, kita memang digalakkan untuk sentiasa menyejukkan badan untuk mengubati demam. Wallahu'alam.