Kata orang Buah Tembikai sebenarnya ada jantan dan betina. TEMBIKAI BETINA lebih besar daripada TEMBIKAI JANTAN. Cara mengenal buah tembikai jantan atau betina senang je, anda perlu lihat JALUR yang terdapat pada buah tembikai tersebut. Jika jalur buah tembikai tersebut kecil, maka jantanlah, dan kalau jalurnya lebar ,betinalah buah tembikai itu.
Jadi petuanya, PILIHLAH Buah Tembikai BETINA, sebab yang betina, manis dan kurang biji benih. Tak macam jantan, benih je banyak, tapi tak manis pun.
CARA-CARA LAIN YANG BIASA DIPRAKTIKAN SEMASA MEMILIH TEMBIKAI :
1. Pastikan kulit buah tembikai yang dipilih tadi licin
2. Pilih tembikai yang berat berbanding dengan saiznya
3 .Buah yang masak permukaan kulitnya licin seakan berkilat menunjukkan
ia dah matang, buah yang permukaan yang agak kasar menunjukkan buah
tersebut masih mentah
4. Pastikan juga pangkalnya gemuk dan semakin ke hujung semakin warnanya
bertukar ke warna putih kuning air. Warna buahnya hijau yang menarik
dan bentuk buahnya sekata kiri dan kanan (simetri)
5. Tompok di bawah buah berwarna kekuningan, bukannya warna putih
6. Jalur hijau di kulit buah kelihatan putus-putus atau tidak bersambung
terus.Tepuk-tepuk atau jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai
itu, sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, insyaallah
ia sudah masak dan elok isinya.
TEMBIKAI MAMPU MERAWAT :
Penyakit artritis, gout serta
keracunan uremik. Ia berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus
tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan
menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang
berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus
tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran
darah.
sumber : http://www.mawardiyunus.com/
No comments:
Post a Comment